Saturday 29 October 2016

WAKTU OPERASI BAHARU FLEXIS PRINT



PERHATIAN.. PERHATIAN..
.
.
Pelanggan yang dihormati,
Waktu operasi FleXis Print & kadlestari.com bertukar berkuat kuasa pada hari ini (21 Jun 2016) sehingga pada tarikh yang akan diberitahu kelak iaitu :
.
.
ISNIN hingga AHAD (9.30 pagi hingga 6.30 petang)
.
.
Waktu operasi ini bukan sahaja untuk bulan Ramadhan, Deepavali, Krismas, Tahun Baru Cina tetapi sepanjang tahun 2016!!
.
.
.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi pelanggan setia kami dan teruskan menyokong FLEXIS PRINT

"WE MAKE IT EASIER FOR YOU"


HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.

Tuesday 2 February 2016

Konsert 5 Divo | Kenali Afgan


Konsert 5 Divo.
. -AFGAN-
.
Jom kita kenali antara performer untuk ‪#‎Konsert5Divo‬ yang akan berlangsung pada 13 Febuari 2016 di Stadium Melawati Shah Alam.
.
Nama Sebenar : Afgansyah Reza
Umur : 27 tahun 
Tarikh Lahir : 27 Mei 1989
Asal : Jakarta, Indonesia
Lagu Hits :
๐ŸŽคTerima Kasih Cinta
๐ŸŽคSadis
๐ŸŽค Padamu Bersujud
๐ŸŽค Dalam Mihrab Cinta
๐ŸŽคPesan Cinta
๐ŸŽคJodoh Pasti Bertemu
๐ŸŽคKnock Me Out
Filem :
๐ŸŽฌ Bukan Cinta Biasa 2009 ๐ŸŽฌ Cinta 2 Hati 2010
๐ŸŽฌ Refrain 2013
Pencapaian :
๐Ÿ†Penyanyi Solo Lelaki Terbaik Anugerah Muzik Indonesia 2009
๐Ÿ†Juri Indonesia X-Faktor
.
.
Hebat. Ingin rasai kehebatan vokal dan kemerduan suara Afgan serta 4 artis yang lain?
.
Pembelian tiket, layari : www.ticketpro.com.my 
Atau hubungi : +6017-6828038
.
Konsert 5 Divo dibawakan oleh LOL Entertainment dan Tourism Malaysia dengan kerjsama Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia disokong oleh Rakan Pengiklanan dan Percetakan Flexis Idea Sdn. Bhd.
.
---------------------------------
FLEXIS PRINT merupakan sebuah syarikat percetakan yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Kepakaran Flexis Print dalam cetakan digital, offset dan inkjet. Pelbagai servis yang dilakukan oleh Flexis Print seperti banner, bunting, booklet, flyers, backdrop, billboard, sticker label, business card, poster, letter head, signbord, signage, dan bermacam lagi.
.
Layari Facebook : FleXis Print.

Friday 29 January 2016

Konsert 5 Divo | Kenali Hafiz Suip


Jom kita kenali antara performer untuk ‪#‎Konsert5Divo‬ yang akan berlangsung pada 13 Febuari 2016 di Stadium Melawati Shah Alam.
.
Nama Sebenar : Mohd Hafiz Bin Mohd Suip
Umur : 26 tahun 
Tarikh Lahir : 27 Febuari 1990
Asal : Kuching, Sarawak
Lagu Hits :
๐ŸŽ™ Masih Jelas
๐ŸŽ™ Noktah Cinta
๐ŸŽ™ Awan Nano
๐ŸŽ™ Bahagiamu Deritaku
๐ŸŽ™ Muara Hati
๐ŸŽ™ Salahkah
Pencapaian :
๐Ÿ† Juara Akademi Fantasia (AF) Musim ke-7
๐Ÿ† Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL ke-25 hingga AJL ke-28) ๐Ÿ† Lagu Terbaik ‘Awan Nano’ Anugerah Planet Muzik 2011
๐Ÿ† Artis Lelaki Terbaik Anugerah Planet Muzik 2012
๐Ÿ† Penyanyi Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014
๐Ÿ†Terbaik Duo/Duet dalam Lagu Anugerah Planet Muzik 2014
.
Hebat. Ingin rasai kehebatan vokal Hafiz serta 4 artis yang lain?
.
Pembelian tiket, layari : www.ticketpro.com.my 
Atau hubungi : +6017-6828038
.
Konsert 5 Divo dibawakan oleh LOL Entertainment dan Tourism Malaysia dengan kerjsama Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia disokong oleh Rakan Pengiklanan dan Percetakan Flexis Idea Sdn. Bhd (Flexis Print)
.
---------------------------------
FLEXIS PRINT merupakan sebuah syarikat percetakan yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Kepakaran Flexis Print dalam cetakan digital, offset dan inkjet. Pelbagai servis yang dilakukan oleh Flexis Print seperti banner, bunting, booklet, flyers, backdrop, billboard, sticker label, business card, poster, letter head, signbord, signage, dan bermacam lagi.
.
Layari Facebook : FleXis Print.
.

Thursday 28 January 2016

Kelebihan Roll Up Bunting

Tahukah anda 'role up bunting' menjadi tren masa kini untuk peniaga diluar sana dalam mempromosi atau memperkenalkan produk?

Apa itu roll up bunting ?

Roll up bunting adalah bunting yang mudah dibawa dan dipasang iaitu hanya menaikkan bunting sahaja. Ia banyak digunapakai oleh syarikat-syarikat besar dan juga korporat dalam memasarkan dan memperkenalkan jenama mereka.


Apa Kelebihan Roll Up Bunting?

1. Mudah dibawa
Anda tak memerlukan tenaga yang banyak kerana roll up bunting ini ringan sahaja. Tidak lebih dari 2kg untuk satu bunting. Beg disediakan memudahkan untuk anda membawanya kemana sahaja.

2. Hanya buka dan letak sahaja.
Benar! Hanya buka dan letak sahaja. Anda hanya perlu membuka beg roll up, pasangkan ia dan letak sahaja di tempat yang anda inginkan.

3. Menjimatkan ruang
Roll up bunting memang dicipta untuk menjimatkan ruang. Storan samada secara mobil atau di bilik anda, ia sangat mudah disimpan dan tidak memakan ruang yang banyak untuk disimpan.

4. Tahan lama
Kenapa Roll up lebih tahan lama? Kerana selepas roll up digunakan ia akan disimpan dengan rapi didalam roller.

5. Kualiti printing yang tinggi
Cetakan untuk roll up bunting adalah menggunakan cetakan inkjet yang mana ia merupakan cetakan berkualiti tinggi, serta kualiti kertas yang digunakan adalah amat baik.

6. Esklusif dan professional
Produk anda akan nampak professional dan ekslusif. Ini kerana penggunaan roll up bunting kini menjadi tren dan kebanyakkan syarikat besar menggunakannya. 

7. Ada 2 jenis saiz dan 2 jenis laminte.
Ini juga merupakan faktor roll up bunting akan tahan lama iaitu laminate. Roll up bunting akan dilaminate dengan 2 pilihan laminate iaitu glossy (berkilat) dan matt (tidak berkilat). 2 jenis laminate ini menjadiakan roll up bunting anda bukan sekadar tahan lama tetapi nampak lebih cantik dan menarik. 

JOM PRINT BERSAMA KAMI : 


Waktu perniagaan :
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi hingga 7 petang
Sabtu & Ahad : 10.00 pagi hingga 6 petang
.
Lokasi :
Seksyen 2 : No.14, Jln Bunga Tanjung 2/16, 40000 Shah Alam, Malaysia
Seksyen 13 : No 12 Jalan Balapan, 13/32, Tadisma Business Park Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
.
Whatsapp : 011-2013 2991
Instagram : flexisprint
Website : flexisprint.com

Wednesday 20 January 2016

5 Divo 1 Pentas 1 Konsert - Konsert 5 Divo



KONSERT 5 DIVO

LIMA penyanyi dari tiga negara serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura bakal beraksi dan berkongsi pentas yang sama menerusi konsert 5 Divo yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2016 ini di Stadium Melawati Shah Alam.
Konsert anjuran Laugh Out Loud Entertainment (LOL Entertainment) bersama Pengarah Urusannya, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi berkata, penglibatan lima penyanyi iaitu Hafiz Suip, Hazama, Afgan, Judika dan Taufiq Batisah adalah sebagai simbolik keharmonian serantau.
“Muzik merupakan elemen yang menyatukan hati dan jiwa. Pemilihan nama-nama penyanyi ini adalah berdasarkan kualiti kerjaya, karisma dan kredibiliti penyanyi itu sendiri.
“Bagi saya, kelima penyanyi ini merupakan penyanyi masa kini yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan peminat mereka.
“Ini boleh dibuktikan dengan populariti dan lagu-lagu mereka yang sentiasa menjadi siulan peminat,” jelaskan pada sidang media Konsert 5 Divo, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai konsert itu, Dafi menjanjikan persembahan yang menghiburkan sepanjang konsert berlangsung.
“Selain kehebatan lima penyanyi, malam konsert yang mengangkat tema cinta itu turut diserikan dengan alunan muzik orkestra di bawah bimbingan ikon pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS.

“Saya yakin gabungan ini mampu memberi kepuasan buat penonton yang hadir sekali gus memberi pengalaman bermakna buat mereka,” katanya.
Pada masa sama, Dafi tidak menafikan agak sukar untuk mendapatkan tajaan untuk merealisasikan konsert tersebut namun itu bukanlah alasan untuk pihaknya berputus asa.
“Memang sukar dapatkan tajaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Alhamdulillah, setakat ini LOL Entertainment masih mendapat kerjasama yang baik dengan beberapa pihak.
Saya berharap konsert ini dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya yang turut memaklumkan konsert itu turut mendapat sokongan daripada Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Konsert 5 Divo juga mendapat penajaan daripada Tourism Malaysia, serta rakan pengiklanan dan percetakan Flexis Idea Sdn. Bhd.

Tiket untuk menyaksikan konsert 5 Divo ini boleh didapati menerusi talian www.ticketpro.com.my yang telah dijual bermula 28 Disember lalu.
Harga-harga tiket yang ditawarkan adalah RM 1188, RM988, RM888, RM588, RM388, RM188 dan RM128.