Saturday 14 February 2015

Jenis ‘Signboard’ Syarikat yang Memikat Pelanggan

Counter
Jenis 'Signboard' Syarikat yang Memikat Pelanggan
Tips dekorasi bisnes kali ini tentang 'reception signage'. Iaitu papan tanda syarikat yang berada di kaunter penyambut tetamu.Kaunter penyambut tetamu adalah ruang pertama yang dijumpai oleh pelanggan. Suasana ruang dan papan tanda jenama syarikat anda, adalah first impression yang klien atau pelanggan nampak.
Disini saya senaraikan 5 jenis papan tanda yang mampu memikat pelanggan.
#1 – Papan tanda 3D
Logo 3D dan huruf yang menghasilkan kesan timbul, ketebalan dan dalam bentuk tiga dimensi merupakan pilihan semua jenis perniagaan, dari sekecil-kecil kedai sehingga sebesar-besar syarikat korporat.
Papan Tanda - Logo 3D
Pelbagai kemasan papan tanda yang boleh dihasilkan iaitu dari kemasan brushed stainless steel, kayu, akrilik atau cermin.
#2 – Akrilik atau kaca
Papan tanda jenis akrilik atau kaca adalah pilihan kedua bagi syarikat-syarikat profesional.
Papan Tanda - Arkilik
Papan tanda jenis akrilik banyak digunakan berbanding kaca kerana bahannya yang ringan. Memerlukan empat buah bolt dan nut dari bahan krom atau keluli tahan karat (stainless steel), untuk mengikatnya bagi papan tanda bersaiz kecil dan sederhana.
#3 – Filem vinil
Papan tanda jenis filem vinil (frosted etch vinyl film) adalah alternatif kepada sand blasted glass. Boleh digunakan untuk logo jenama syarikat atau sekadar dekorasi di dinding kaca pejabat anda. Asasnya bewarna kelabu ais dan daripada bahan vinil. Selalu diaplikasikan di pintu kaca utama pejabat.
Papan Tanda - Jenis Vinil
Papan tanda frosted yang tidak bewarna memberikan nilai profesional, kemas, moden dan sofistikated.
#4 – Grafik digital
Jika logo anda jenis rumit dan terdapat banyak perincian. Pilihan papan tanda yang sesuai adalah jenis grafik digital, yang boleh direka khas dan mengikut spesifikasi logo syarikat anda.
Papan Tanda - Grafik Digital
Boleh digunakan di pelbagai permukaan. Merupakan papan tanda yang kos efektif selain mudah dipasang. Kemasan vinil digunakan kerana tahan lama dan kalis air.
#5 – Logo mural
Logo yang dicat atau dispray juga merupakan papan tanda yang berkos rendah. Papan tanda jenis ini sesuai jika logo syarikat anda berciri asas dan berbentuk ringkas.
Papan Tanda - Jenis Mural
Jika logo syarikat anda mempunyai dua atau tiga tona warna lebih baik kerana nampak lebih kemas.

Percahayaan Membantu Menyerlahkan Papan Tanda Syarikat

Bagi menyerlahkan lagi papan tanda anda, percahayaan yang tepat dapat membantu. Lampu jenis trek lampu dengan lampu sorot  yang boleh diubah dan dialihkan darjah kedudukan lampunya  adalah pilihan yang sesuai.
Penggunaan Lampu Pada Papan Tanda
Source : Majalah niaga
Signboard atau signage merupakan salah satu elemen penting yang perlu di ambil kira.
Nak order dengan kami?? Klik sini... FlexisPrint
Atau hubungi 011 2013 1991 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment