Tuesday 10 February 2015

7 Kelebihan Penggunaan Flyers

Flyers murah

Jika anda belum pernah menggunakan flyers sebagai satu cara promosi, saya berharap di penghujung artikel ini saya dapat memberi anda beberapa sebab untuk menggunakannya.

Flyers merupakan satu cara promosi yang boleh anda gunakan di dalam perniagaan anda dan di dalam artikel ini kita akan lihat tujuh kelebihan penggunaan flyers sebagai satu cara promosi yang boleh membantu anda.

1. Kos promosi yang murah
Kos pengiklanan menggunakan flyers adalah jauh lebih murah berbanding dengan cara pengiklanan lain. sehelai flyers hanya beberapa sen sahaja.

2. Mudah dan ‘simple’
Cara pengiklanan menggunakan flyers adalah sangat mudah. Anda cuma perlu mendapatkan design yang anda perlukan dan hantar kepada pencetak untuk mencetak flyers anda. Itu sahaja. Berbanding dengan cara pengiklanan lain, flyers tidak rumit.

3. Meningkatkan ‘awareness’
Flyers lebih bersifat lokal di mana flyers diedarkan di kawasan berdekatan dengan premis kita. Ia sangat efektif untuk mengumumkan pembukaan premis kepada orang ramai dengan mengedarkan di kawasan sekitar. Sebagai contoh jika anda membuka restoran baru di Taman A, salah satu cara untuk memberitahu penduduk di taman itu tentang kewuj
udan restoran anda adalah dengan mengedarkan flyers dari rumah ke rumah.

4. Berita promosi
Kadangkala kita akan melakukan promosi dengan melakukan jualan murah. Tetapi apa gunanya promosi itu jika tiada siapa yang tahu kan? Cara terbaik untuk memaklumkan orang ramai tentang promosi yang anda lakukan adalah dengan mengedarkan flyers.

5. Sebagai pembantu jualan
Kadangkala anda perlu menerangkan kepada pelanggan mengenai produk anda. Dengan menggunakan flyers anda dapat memberi informasi kepada pelanggan dengan lebih mudah.

6. Senang diedarkan
Flyers senang untuk diedarkan kepada prospek anda dan mempunyai potensi untuk berkembang. Jika anda rajin ataupun mempunyai tenaga kerja anda boleh mengedarkan flyers di beberapa kawasan serentak. Dengan ini lebih ramai orang aka membaca masej anda.

7. Berpotensi menjadi ‘viral’
Viral merupakan satu istilah di dalam marketing dimana sesuatu masej itu dengan mudah ‘merebak’ dengan erti kata lain ia akan diketahui oleh ramai orang dalam masa yang singkat. Jika flyers anda mempunyai mesej yang hebat dan mempunyai maklumat yang boleh membantu orang ramai, ia berpotensi menjadi ‘viral’.

Source : Dakwat

Berminat untuk order flyers?? Order dengan kami segera!! Klik sini

Kenapa pilih kami??

> Kualiti terbaik untuk mencetak flyers.
> Menawarkan pelbagai jenis saiz untuk cetakan flyers.
> Harga yang rendah mencetak flyers untuk kuantiti besar.
> Flyers akan dihantar terus kepada anda.



No comments:

Post a Comment