Sunday, 8 February 2015

Tips Membina Jenama di Facebook

tips bina kerjaya melalui facebook

Tips Membina Jenama di Facebook
MEDIA sosial adalah medium terpenting dalam menyampaikan maklumat peribadi kerana ianya mudah dan percuma, hanya perlu melengkapkan ‘password’, anda boleh terus menggunakannya.
Sejak mula popular di sekitar pertengahan 2008, Facebook dilihat sebagai laman web terpenting dalam perhubungan sosial terutama untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan.

Statistik Pengguna Facebook

Pembinaan jenama di facebook boleh menukar kawan kepada pelanggan.
Bakat menulis adalah anugerah yang sangat berguna di dunia Facebook. Namun, tanpa strategi yang betul, ia boleh jadi penat. Begitulah pesan pengasas Write To Wealth, Tuan Aqif Azizan.
Justeru, artikel ini ditulis supaya kita memulakan 2015 dengan strategi yang baru untuk membina jenama di dunia maya, di samping menggunakan bakat penulisan dengan strategi yang betul.

1. Tetapkan Sasaran Audien

Jangan jadi peluru tabur – kita sasarkan pelanggan kita kepada semua orang termasuk, ahli keluarga, kawan-kawan kampus atau saudara mara?
Tetapkan matlamat baru di tahun 2015 ini, tentang kita mahu mencari siapa di Facebook?
  • Jaringan bisnes tentang sesuatu bidang?
  • Golongan profesional?
  • Pelanggan korporat untuk diserap ke dalam bisnes kita?
Dengan menetapkan sasara audien, dari situ kita akan mudah menyusun strategi perlu tulis tentang apa di Facebook. Ia ibarat kita menulis iklan – kita tidak boleh sasarkan kepada semua pelanggan. Sasarkan kepada satu jenis pelanggan, dan dari situ, barulah kita dapat capai pelanggan yang betul.

2. Bina Kepakaran

Kita mahu jadi seseorang yang mahir dalam apa untuk audien di Facebook? Contohnya, kita mahu orang kenal kita sebagai pakar penulis iklan, pakar pencerita iklan yang hebat, atau apa sahaja.
Ia adalah supaya orang boleh kenalpasti kita mahir dalam apa, kemudian ia bakal membuka pintu-pintu rezeki untuk mereka menjemput anda berkolaborasi dengan mereka.

3. Isi Profile Dengan Maklumat Yang Betul

Di profile Facebook, ada ruang-ruang yang perlu diisi seperti buku yang kita suka, movie, pendidikan, dan tempat kerja. Isikan profile itu dengan maklumat yang betul, supaya ia kelihatan seperti profile seorang pemilik bisnes.
Ia berkemungkinan mencetuskan keraguan kepada orang yang baru kenal kita secara maya, apabila kita membiarkannya kosong, termasuk menggunakan gambar profile yang profesional.

4. Kemaskini Status Berkaitan Audien

Selepas menetapkan sasaran audien, kemaskini status berkaitan audien. Tulis sesuatu yang berkaitan secara berterusan. Kita boleh gunakan nisbah 8:2 iaitu 8 status tentang audien, 2 status santai.

Selari dengan petikan hadis,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi)

Banyakkan perkongsian untuk audien dan kurangkan perkongsian sia-sia atau negatif daripada kita.

5. Sertai Event Berkaitan Audien

Bagi meluaskan empayar jariangan sama ada dengan audien seperti jaringan bisnes, atau pelanggan, rajinkan diri untuk terlibat dalam event berkaitan.
Kenalkan diri kita dengan mereka supaya mereka kenal siapa kita. Andai kita seorang pemilik bisnes yang mencari individu untuk bekerja seperti kita, sertai event berkaitan.
Jangan biarkan masa kita di Facebook menjadi suatu kerja yang memenatkan dan tiada hasil. Tetapkan matlamat menulis di Facebook pada hari ini untuk membina jenama dan kredibiliti bagi kemudahan pada masa akan datang.
Source : Majalah Niaga

No comments:

Post a Comment