Sunday 29 March 2015

Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Banner dan Bunting

Banner yang cantik dan berkesan mampu untuk menarik minat orang ramai serta dapat membantu mempopularkan lagi produk anda.  Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips asas perkara yang anda perlu tahu sebelum anda boleh merekabentuk banner atau bunting anda sendiri.
1) Tahu membezakan antara banner dan bunting.
Perkara paling asas sekali sebelum anda boleh membuat rekaan yang cantik dan menarik, anda perlu tahu apa beza banner dan bunting. Secara mudahnya, banner adalah melintang dan bunting adalah menegak. Banner biasanya lebih besar daripada bunting dan harganya lebih mahal dan hanya dipasang di tempat-tempat tertentu. Bunting yang berharga lebih murah biasanya dicetak dengan banyak dan dipasang. Jadi kalau anda mahu buat majlis yang kecil-kecilan dan mahu jimatkan kos cukup sekadar menggunakan bunting sahaja. Perbezaan yang lebih jelas boleh dilihat pada gambar di bawah.
Untitled-1
2) Tahu saiz dan jenis banner atau bunting yang hendak dibuat. Banner dan bunting mempunyai beberapa saiz tetap yang sering digunakan. Ia mungkin berbeza mengikut kemampuan mesin cetak tempat banner atau bunting itu dicetak, tapi mengikut kebiasaannya saiz banner dan bunting adalah seperti berikut:
- saiz banner: (12 kaki x 4 kaki) / (15 kaki x 4 kaki) / (10 kaki x 5 kaki) / (20 kaki x 4 kaki)
- saiz bunting: (2 kaki x 5 kaki)  / (2 kaki x 6 kaki) / (3 kaki x 6 kaki)
Saiz yang dinyatakan hanyalah sekadar panduan jika anda memang tak tahu nak buat saiz apa.
Bunting terdapat dalam 2 jenis yang dibezakan mengikut kaki bunting berkenaan. Iaitu bunting X-stand (spider-stand) dan bunting T-stand (round-stand). Hal ini sangat penting untuk diketahui kerana bunting X-stand tidak boleh dipasang padang kaki berbetuk bulat atau T-stand dan begitu juga sebaliknya. Kalau anda memang tak mempunyai kaki bunting dan hanya pasang pada tiang atau pokok sila tempah bunting T-stand. Rujuk gambar dibawah.
Untitled-2
3) Tahu apa yang anda hendak tulis di banner atau bunting berkenaan.
Jika anda tidak tahu perkara di atas tidak mengapa kerana anda boleh tanya orang lain atau mengupah sahaja orang yang pakar. Tapi kalau anda sendiri tak tahu apa yang anda nak tulis pada banner tersebut, lupakanlah niat anda seketika dan sila perah otak memikirkan informasi dan ayat yang sesuai.
Tips tambahan : berdasarkan pengalaman tak seberapa. Untuk merekabentuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Jangan terlalu taksub menggunaan banyak warna dan menyebabkan banner atau bunting anda sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting itu lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan. 



credit to : Nazrien


No comments:

Post a Comment