Showing posts with label cara pemasaran murah. Show all posts
Showing posts with label cara pemasaran murah. Show all posts

Tuesday, 2 February 2016

Konsert 5 Divo | Kenali Afgan


Konsert 5 Divo.
. -AFGAN-
.
Jom kita kenali antara performer untuk ‪#‎Konsert5Divo‬ yang akan berlangsung pada 13 Febuari 2016 di Stadium Melawati Shah Alam.
.
Nama Sebenar : Afgansyah Reza
Umur : 27 tahun 
Tarikh Lahir : 27 Mei 1989
Asal : Jakarta, Indonesia
Lagu Hits :
🎤Terima Kasih Cinta
🎤Sadis
🎤 Padamu Bersujud
🎤 Dalam Mihrab Cinta
🎤Pesan Cinta
🎤Jodoh Pasti Bertemu
🎤Knock Me Out
Filem :
🎬 Bukan Cinta Biasa 2009 🎬 Cinta 2 Hati 2010
🎬 Refrain 2013
Pencapaian :
🏆Penyanyi Solo Lelaki Terbaik Anugerah Muzik Indonesia 2009
🏆Juri Indonesia X-Faktor
.
.
Hebat. Ingin rasai kehebatan vokal dan kemerduan suara Afgan serta 4 artis yang lain?
.
Pembelian tiket, layari : www.ticketpro.com.my 
Atau hubungi : +6017-6828038
.
Konsert 5 Divo dibawakan oleh LOL Entertainment dan Tourism Malaysia dengan kerjsama Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia disokong oleh Rakan Pengiklanan dan Percetakan Flexis Idea Sdn. Bhd.
.
---------------------------------
FLEXIS PRINT merupakan sebuah syarikat percetakan yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Kepakaran Flexis Print dalam cetakan digital, offset dan inkjet. Pelbagai servis yang dilakukan oleh Flexis Print seperti banner, bunting, booklet, flyers, backdrop, billboard, sticker label, business card, poster, letter head, signbord, signage, dan bermacam lagi.
.
Layari Facebook : FleXis Print.

Sunday, 8 February 2015

Tips Membina Jenama di Facebook

tips bina kerjaya melalui facebook

Tips Membina Jenama di Facebook
MEDIA sosial adalah medium terpenting dalam menyampaikan maklumat peribadi kerana ianya mudah dan percuma, hanya perlu melengkapkan ‘password’, anda boleh terus menggunakannya.
Sejak mula popular di sekitar pertengahan 2008, Facebook dilihat sebagai laman web terpenting dalam perhubungan sosial terutama untuk mencari rakan-rakan yang telah lama terputus hubungan.

Statistik Pengguna Facebook

Pembinaan jenama di facebook boleh menukar kawan kepada pelanggan.
Bakat menulis adalah anugerah yang sangat berguna di dunia Facebook. Namun, tanpa strategi yang betul, ia boleh jadi penat. Begitulah pesan pengasas Write To Wealth, Tuan Aqif Azizan.
Justeru, artikel ini ditulis supaya kita memulakan 2015 dengan strategi yang baru untuk membina jenama di dunia maya, di samping menggunakan bakat penulisan dengan strategi yang betul.

1. Tetapkan Sasaran Audien

Jangan jadi peluru tabur – kita sasarkan pelanggan kita kepada semua orang termasuk, ahli keluarga, kawan-kawan kampus atau saudara mara?
Tetapkan matlamat baru di tahun 2015 ini, tentang kita mahu mencari siapa di Facebook?
  • Jaringan bisnes tentang sesuatu bidang?
  • Golongan profesional?
  • Pelanggan korporat untuk diserap ke dalam bisnes kita?
Dengan menetapkan sasara audien, dari situ kita akan mudah menyusun strategi perlu tulis tentang apa di Facebook. Ia ibarat kita menulis iklan – kita tidak boleh sasarkan kepada semua pelanggan. Sasarkan kepada satu jenis pelanggan, dan dari situ, barulah kita dapat capai pelanggan yang betul.

2. Bina Kepakaran

Kita mahu jadi seseorang yang mahir dalam apa untuk audien di Facebook? Contohnya, kita mahu orang kenal kita sebagai pakar penulis iklan, pakar pencerita iklan yang hebat, atau apa sahaja.
Ia adalah supaya orang boleh kenalpasti kita mahir dalam apa, kemudian ia bakal membuka pintu-pintu rezeki untuk mereka menjemput anda berkolaborasi dengan mereka.

3. Isi Profile Dengan Maklumat Yang Betul

Di profile Facebook, ada ruang-ruang yang perlu diisi seperti buku yang kita suka, movie, pendidikan, dan tempat kerja. Isikan profile itu dengan maklumat yang betul, supaya ia kelihatan seperti profile seorang pemilik bisnes.
Ia berkemungkinan mencetuskan keraguan kepada orang yang baru kenal kita secara maya, apabila kita membiarkannya kosong, termasuk menggunakan gambar profile yang profesional.

4. Kemaskini Status Berkaitan Audien

Selepas menetapkan sasaran audien, kemaskini status berkaitan audien. Tulis sesuatu yang berkaitan secara berterusan. Kita boleh gunakan nisbah 8:2 iaitu 8 status tentang audien, 2 status santai.

Selari dengan petikan hadis,
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Riwayat al-Baihaqi)

Banyakkan perkongsian untuk audien dan kurangkan perkongsian sia-sia atau negatif daripada kita.

5. Sertai Event Berkaitan Audien

Bagi meluaskan empayar jariangan sama ada dengan audien seperti jaringan bisnes, atau pelanggan, rajinkan diri untuk terlibat dalam event berkaitan.
Kenalkan diri kita dengan mereka supaya mereka kenal siapa kita. Andai kita seorang pemilik bisnes yang mencari individu untuk bekerja seperti kita, sertai event berkaitan.
Jangan biarkan masa kita di Facebook menjadi suatu kerja yang memenatkan dan tiada hasil. Tetapkan matlamat menulis di Facebook pada hari ini untuk membina jenama dan kredibiliti bagi kemudahan pada masa akan datang.
Source : Majalah Niaga

Thursday, 27 November 2014

Objektif Pengiklanan!

Objectif Pengiklanan

4 jenis Objektif Pengiklanan ialah:

1. Trial
2.Continuity
3. Brand switch
4. Switching back

Jom kita lihat lagi details tentang ke empat-empat objektif ini .

==================================

1. Trial : Dalam proses pengenalan produk kebiasaannya akan menggunakan objektif pengiklanan ini. Dalam objektif trial atau percubaan ini, selalunya ia akan melibatkan proses meyakinkan customer untuk membeli produk baru tersebut yang baru masuk dalam pasaran. Disini, pengiklan akan menggunakan flashy dan iklan-iklan menarik super tertarik untuk meyakinkan customer melihat dan membeli set-set percubaan.

==================================
2. Continuity: Objektif pengiklanan ini ialah mengenai memastikan customer yang telah membeli melekat terus dengan produk tersebut. Pengiklan biasanya akan membawa benda-benda baru ke dalam  produk dan pengiklanan tersebut supaya customer sedia ada terus dan terus membeli.

==================================.
3. Brand switch: dalam objektif  ini biasanya untuk company yang nak menarik customer pesaing. Pengiklan akan cuba sedaya upaya meyakinkan customer untuk bertukar dari brand sekarang kepada produk jenama mereka

==================================
4. Switching back: Dalam objektif ini, company mahu customer lama datang kembali, dan customer yang telah beralih arah kepada pesaing kembali semula kepada produk mereka. Pengiklan akan guna cara yang unik seperti discount sale, iklan-iklan baru atau packaging baru pada produk.




Bunting/ Banner kaedah pemasaran terbaik untuk tarik Pelanggan


Printed Banners & Bunting adalah merupakan marketing tools untuk mempromosikan pengiklanan. Ia merupakan salah satu keperluan dalam pengiklanan untuk majority bisnes/ perniagaan. Kami di FlexisPrint menyediakan platform untuk mencetak dan mereka bentuk/design promo banners dan bunting.

Kebanyakan format printing yang berskala besar untuk kawasan outdoor akan menggunakan banners. Dalam soal design, kekreativiti sangat penting agar product anda sentiasa di 'POSITION' dalam fikiran pelanggan anda.

Ini adalah contoh bunting yang digunakan untuk menarik pelanggan datang ke premis. Dari jauh lagi, sudah tahu perniagaan apa yang dibuat.





Kami juga mempromosikan Buku Diskaun Voucher untuk anda dapat sebelum 1 Januari 2015. Dalam buku ini, terdapat banyak diskaun untuk anda dapatkan sepanjang Januari hingga Jun 2015!