Bisnes kad juga menggambarkan yang kita ni betul-betul bersungguh dalam menjalankan sesuatu jenis perniagaan. Selain itu pelbagai kepentingan yang akan anda dapat sekiranya anda menggunakan medium bisnes kad ini dengan lebih lanjut
Usahawan internet juga memerlukan bisnes kad supaya pelanggan dapat mengetahui alamat emel, facebook, twitter dan sebagainya.
Antara item atau perkara yang perlu ada dalam business card adalah seperti :
1) Nama
2) Nombor telefon
3) Produk atau servis
4) Nama perniagaan
5) Alamat
6) Logo
7) Tagline
8) Penggunaan warna
Untuk Tempahan Bisnes Kad & produk lain :
☎ 03-5510 2290 / 011-2013 2991
🏠 No 14 & 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
IG : flexisprint
FB : fleXis Print
Waktu Operasi
Isnin-Jumaat : 9.00pg-7.00ptg
Sabtu-Ahad : 10.00pg-6.00ptg
Showing posts with label flexisprint. Show all posts
Showing posts with label flexisprint. Show all posts
Monday, 12 October 2015
Friday, 13 March 2015
Idea Pemasaran Luar Biasa
1) Berikan kad diskaun atau voucher percuma:
Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.
2) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa :
Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!
3) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah:
Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda.
4) Blog:
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.
5) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda :
Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letterhead), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.
6) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain:
Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?
7) Minta dan gunakan testimonial pelanggan:
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
9)Tukar mesej telefon anda :
Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada “Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!”, tukarkan kepada “Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!”
10) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan:
Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
11) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja:
Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. “Terpaksalah” anda kongsikan tentang perniagaan anda.
12) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab :
Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
13) SMS pelanggan anda :
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
14) Sentiasa tersenyum dan teruja :
Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!
Credit : PanduanPaidMember
Thursday, 5 March 2015
Beza Offset dan Digital Printing
DIGITAL DAN OFFSET PRINTING
Ramai pelanggan kami yang masih bertanyakan apakah beza digital dengan offset printing. Disini kami huraikan serba ringkas:
Digital Printing
1. Secara ringkas, jika anda inginkan sample digital printing, lihat pada hasil cetakan di pejabat atau dirumah yang menggunakan printer inkjet biasa.
2. Digital printing menggunakan beberapa siri cetakan dots pada permukaan kertas yang membentuk imej. Kini digital printing lebih dirujuk kepada laser printing.
1. Secara ringkas, jika anda inginkan sample digital printing, lihat pada hasil cetakan di pejabat atau dirumah yang menggunakan printer inkjet biasa.
2. Digital printing menggunakan beberapa siri cetakan dots pada permukaan kertas yang membentuk imej. Kini digital printing lebih dirujuk kepada laser printing.
Offset Printing
1. Offset printing dilakukan dengan proses tekanan yang mnggunakan plates dan dakwat.
2. disebabkan tekanan ke atas kertas, dakwat yang digunakan meresap kedalam kertas. dan disebabkan ini, ramai pelanggan yang merasakan offset printing lebih bermutu kualiti printingnya.
3. walaupun digital printing semakin diminati, tetapi masih tidak mencapai tahap kualiti offset printing.
1. Offset printing dilakukan dengan proses tekanan yang mnggunakan plates dan dakwat.
2. disebabkan tekanan ke atas kertas, dakwat yang digunakan meresap kedalam kertas. dan disebabkan ini, ramai pelanggan yang merasakan offset printing lebih bermutu kualiti printingnya.
3. walaupun digital printing semakin diminati, tetapi masih tidak mencapai tahap kualiti offset printing.
kredit to : Red Iris
Saturday, 14 February 2015
Jenis ‘Signboard’ Syarikat yang Memikat Pelanggan
Jenis 'Signboard' Syarikat yang Memikat Pelanggan
Tips dekorasi bisnes kali ini tentang 'reception signage'. Iaitu papan tanda syarikat yang berada di kaunter penyambut tetamu.Kaunter penyambut tetamu adalah ruang pertama yang dijumpai oleh pelanggan. Suasana ruang dan papan tanda jenama syarikat anda, adalah first impression yang klien atau pelanggan nampak.
Disini saya senaraikan 5 jenis papan tanda yang mampu memikat pelanggan.
#1 – Papan tanda 3D
Logo 3D dan huruf yang menghasilkan kesan timbul, ketebalan dan dalam bentuk tiga dimensi merupakan pilihan semua jenis perniagaan, dari sekecil-kecil kedai sehingga sebesar-besar syarikat korporat.

Pelbagai kemasan papan tanda yang boleh dihasilkan iaitu dari kemasan brushed stainless steel, kayu, akrilik atau cermin.
#2 – Akrilik atau kaca
Papan tanda jenis akrilik atau kaca adalah pilihan kedua bagi syarikat-syarikat profesional.

Papan tanda jenis akrilik banyak digunakan berbanding kaca kerana bahannya yang ringan. Memerlukan empat buah bolt dan nut dari bahan krom atau keluli tahan karat (stainless steel), untuk mengikatnya bagi papan tanda bersaiz kecil dan sederhana.
#3 – Filem vinil
Papan tanda jenis filem vinil (frosted etch vinyl film) adalah alternatif kepada sand blasted glass. Boleh digunakan untuk logo jenama syarikat atau sekadar dekorasi di dinding kaca pejabat anda. Asasnya bewarna kelabu ais dan daripada bahan vinil. Selalu diaplikasikan di pintu kaca utama pejabat.

Papan tanda frosted yang tidak bewarna memberikan nilai profesional, kemas, moden dan sofistikated.
#4 – Grafik digital
Jika logo anda jenis rumit dan terdapat banyak perincian. Pilihan papan tanda yang sesuai adalah jenis grafik digital, yang boleh direka khas dan mengikut spesifikasi logo syarikat anda.

Boleh digunakan di pelbagai permukaan. Merupakan papan tanda yang kos efektif selain mudah dipasang. Kemasan vinil digunakan kerana tahan lama dan kalis air.
#5 – Logo mural
Logo yang dicat atau dispray juga merupakan papan tanda yang berkos rendah. Papan tanda jenis ini sesuai jika logo syarikat anda berciri asas dan berbentuk ringkas.

Jika logo syarikat anda mempunyai dua atau tiga tona warna lebih baik kerana nampak lebih kemas.
Percahayaan Membantu Menyerlahkan Papan Tanda Syarikat
Bagi menyerlahkan lagi papan tanda anda, percahayaan yang tepat dapat membantu. Lampu jenis trek lampu dengan lampu sorot yang boleh diubah dan dialihkan darjah kedudukan lampunya adalah pilihan yang sesuai.

Source : Majalah niaga
Signboard atau signage merupakan salah satu elemen penting yang perlu di ambil kira.
Nak order dengan kami?? Klik sini... FlexisPrint
Atau hubungi 011 2013 1991 untuk maklumat lanjut.
Atau hubungi 011 2013 1991 untuk maklumat lanjut.
Tuesday, 10 February 2015
7 Kelebihan Penggunaan Flyers
Jika anda belum pernah menggunakan flyers sebagai satu cara promosi, saya berharap di penghujung artikel ini saya dapat memberi anda beberapa sebab untuk menggunakannya.
Flyers merupakan satu cara promosi yang boleh anda gunakan di dalam perniagaan anda dan di dalam artikel ini kita akan lihat tujuh kelebihan penggunaan flyers sebagai satu cara promosi yang boleh membantu anda.
1. Kos promosi yang murah
Kos pengiklanan menggunakan flyers adalah jauh lebih murah berbanding dengan cara pengiklanan lain. sehelai flyers hanya beberapa sen sahaja.
2. Mudah dan ‘simple’
Cara pengiklanan menggunakan flyers adalah sangat mudah. Anda cuma perlu mendapatkan design yang anda perlukan dan hantar kepada pencetak untuk mencetak flyers anda. Itu sahaja. Berbanding dengan cara pengiklanan lain, flyers tidak rumit.
3. Meningkatkan ‘awareness’
Flyers lebih bersifat lokal di mana flyers diedarkan di kawasan berdekatan dengan premis kita. Ia sangat efektif untuk mengumumkan pembukaan premis kepada orang ramai dengan mengedarkan di kawasan sekitar. Sebagai contoh jika anda membuka restoran baru di Taman A, salah satu cara untuk memberitahu penduduk di taman itu tentang kewuj
udan restoran anda adalah dengan mengedarkan flyers dari rumah ke rumah.
4. Berita promosi
Kadangkala kita akan melakukan promosi dengan melakukan jualan murah. Tetapi apa gunanya promosi itu jika tiada siapa yang tahu kan? Cara terbaik untuk memaklumkan orang ramai tentang promosi yang anda lakukan adalah dengan mengedarkan flyers.
5. Sebagai pembantu jualan
Kadangkala anda perlu menerangkan kepada pelanggan mengenai produk anda. Dengan menggunakan flyers anda dapat memberi informasi kepada pelanggan dengan lebih mudah.
6. Senang diedarkan
Flyers senang untuk diedarkan kepada prospek anda dan mempunyai potensi untuk berkembang. Jika anda rajin ataupun mempunyai tenaga kerja anda boleh mengedarkan flyers di beberapa kawasan serentak. Dengan ini lebih ramai orang aka membaca masej anda.
7. Berpotensi menjadi ‘viral’
Viral merupakan satu istilah di dalam marketing dimana sesuatu masej itu dengan mudah ‘merebak’ dengan erti kata lain ia akan diketahui oleh ramai orang dalam masa yang singkat. Jika flyers anda mempunyai mesej yang hebat dan mempunyai maklumat yang boleh membantu orang ramai, ia berpotensi menjadi ‘viral’.
Source : Dakwat
Berminat untuk order flyers?? Order dengan kami segera!! Klik sini
Kenapa pilih kami??
> Kualiti terbaik untuk mencetak flyers.
> Menawarkan pelbagai jenis saiz untuk cetakan flyers.
> Harga yang rendah mencetak flyers untuk kuantiti besar.
> Flyers akan dihantar terus kepada anda.
Sunday, 8 February 2015
Kepentingnya Kad Bisnes. (5 Sebab perlu anda tahu!!)
5 Sebab Perlu Anda Tahu Pentingnya Bisnes Kad
Penting ke kad bisnes? Jawapannya, sangat penting!!!
Nak tahu kenapa?? Mari saya berikan point-point ringkas tentang kepentingan kad bisnes bagi setiap usahawan dan bakal usahawan di luar sana..
Nak tahu kenapa?? Mari saya berikan point-point ringkas tentang kepentingan kad bisnes bagi setiap usahawan dan bakal usahawan di luar sana..
1. Rangkaian
Rangkaian ataupun networking merupakan nadi di dalam dunia perniagaan.. Dengan adanya kad bisnes kita dapat menambahkan rangkaian kita.. Berikan kad bisnes kita kepada rakan, saudara, prospek, rakan niaga atau mana-mana pihak yang bersesuaian.. Jika tidak mereka sendiri, mungkin individu di sekeliling mereka yang dapat menambah nilai bisnes kita pada masa depan..
2. Maklumat Bisnes
Kad bisnes yang baik mempunyai ciri-ciri yang tertentu.. Antaranya ialah maklumat bisnes yang lengkap.. Nama perniagaan atau syarikat, alamat, nombor telefon, laman web, servis dan produk yang ditawarkan harus menjadi sebahagian isi kandungan kad bisnes.. Dengan maklumat ini, pihak yang baru menerima kad bisnes kita akan tahu sedikit sebanyak maklumat perniagaan kita..
3. First Impression
First impression atau cinta pandang pertama.. (eh betul ke? haha) Sedikit sebanyak kad bisnes kita akan mempengaruhi bagaimana pandangan pertama individu terhadap bisnes kita.. Jika kualiti dan isi kandungan kad bisnes kita baik, maka sudah pasti ini akan memberikan persepsi positif kepada bisnes kita..
4. Alat Pengingat
Saya selalu juga menyertai perhimpunan haram bisnes di sesetengah tempat anjuran pihak swasta dan kerajaan.. Di dalam perhimpunan begini kita akan berjumpa dengan ramai ahli perniagaan.. Setiap daripada mereka akan memberikan kad bisnes masing-masing.. Mustahil saya mampu untuk mengingati nama dan bisnes mereka semua.. Apabila tiba masanya saya memerlukan servis atau produk mereka kelak, maka kad inilah yang akan menghubungkan kami kembali..
5. Ice Breaker
Apa maksud Ice Breaker dalam BM ek? Katakanlah kita berjumpa dengan individu tertentu di dalam sebuah program perniagaan semasa sesi minum pagi.. Perkara pertama yang kita buat adalah menyapa individu tersebut dengan Hi atau Salam dengan disusuli pertanyaan seperti ‘Nama siapa?’ dan ‘Dari mana?’.. Kemudian kita berikan kad bisnes kita.. Dan akhirnya dua individu akan sibuk bercakap mengenai bisnes masing-masing sehingga kopi menjadi sejuk..
Itulah dia 5 poin ringkas tentang kepentingan kad bisnes.. Nanti saya akan kongsikan pula ciri-ciri yang perlu ada bagi sekeping kad bisnes yang baik dan efektif..
Source: Umarvellous.com
Jadi secara tidak langsung, nampakkan betapa pentingnya bisnes kad.
Nak order business card murah dan berkualiti????
Sila klik link berikut... Flexisprint.com
Thursday, 27 November 2014
Bunting/ Banner kaedah pemasaran terbaik untuk tarik Pelanggan
Printed Banners & Bunting adalah merupakan marketing tools untuk mempromosikan pengiklanan. Ia merupakan salah satu keperluan dalam pengiklanan untuk majority bisnes/ perniagaan. Kami di FlexisPrint menyediakan platform untuk mencetak dan mereka bentuk/design promo banners dan bunting.
Kebanyakan format printing yang berskala besar untuk kawasan outdoor akan menggunakan banners. Dalam soal design, kekreativiti sangat penting agar product anda sentiasa di 'POSITION' dalam fikiran pelanggan anda.
Ini adalah contoh bunting yang digunakan untuk menarik pelanggan datang ke premis. Dari jauh lagi, sudah tahu perniagaan apa yang dibuat.
Kami juga mempromosikan Buku Diskaun Voucher untuk anda dapat sebelum 1 Januari 2015. Dalam buku ini, terdapat banyak diskaun untuk anda dapatkan sepanjang Januari hingga Jun 2015!
Wednesday, 26 November 2014
Flexis Print beroperasi Di Shah Alam!
Hi, Selamat Datang ke Flexis Print!
Selamat datang ke Perkhidmatan Printing Super Terbaik dari Kami di Flexis Print Sdn Bhd. Flexis Print lebih 10 Tahun Pakar dalam Percetakan Digital. Kami membuka seluas-luas peuang dan ruang untuk anda mengenali tentang bisnes kami.
Kami adalah Syarikat Percetakan yang mengendalikan segala-galanya daripada percetakan digital jangka pendek sehingga projek percetakan yang besar .
Kami mempunyai staff dan kelengkapan sempurna untuk memastikan semua projek-projek cetak anda dikendalikan dengan cara yang paling kos dan masa yang cekap dan memberikan Kualiti terbaik.
Kami mempunyai staff yang sangat berpengetahuan dalam bidang advertising dan branding dan pasukan kami akan merancang kerja anda dan membimbing anda melalui proses percetakan mengikut pilihan yang akan memenuhi atau melebihi jangkaan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















