Showing posts with label bisneskad. Show all posts
Showing posts with label bisneskad. Show all posts

Wednesday, 20 January 2016

5 Divo 1 Pentas 1 Konsert - Konsert 5 Divo



KONSERT 5 DIVO

LIMA penyanyi dari tiga negara serantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura bakal beraksi dan berkongsi pentas yang sama menerusi konsert 5 Divo yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2016 ini di Stadium Melawati Shah Alam.
Konsert anjuran Laugh Out Loud Entertainment (LOL Entertainment) bersama Pengarah Urusannya, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi berkata, penglibatan lima penyanyi iaitu Hafiz Suip, Hazama, Afgan, Judika dan Taufiq Batisah adalah sebagai simbolik keharmonian serantau.
“Muzik merupakan elemen yang menyatukan hati dan jiwa. Pemilihan nama-nama penyanyi ini adalah berdasarkan kualiti kerjaya, karisma dan kredibiliti penyanyi itu sendiri.
“Bagi saya, kelima penyanyi ini merupakan penyanyi masa kini yang mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan peminat mereka.
“Ini boleh dibuktikan dengan populariti dan lagu-lagu mereka yang sentiasa menjadi siulan peminat,” jelaskan pada sidang media Konsert 5 Divo, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai konsert itu, Dafi menjanjikan persembahan yang menghiburkan sepanjang konsert berlangsung.
“Selain kehebatan lima penyanyi, malam konsert yang mengangkat tema cinta itu turut diserikan dengan alunan muzik orkestra di bawah bimbingan ikon pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS.

“Saya yakin gabungan ini mampu memberi kepuasan buat penonton yang hadir sekali gus memberi pengalaman bermakna buat mereka,” katanya.
Pada masa sama, Dafi tidak menafikan agak sukar untuk mendapatkan tajaan untuk merealisasikan konsert tersebut namun itu bukanlah alasan untuk pihaknya berputus asa.
“Memang sukar dapatkan tajaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Alhamdulillah, setakat ini LOL Entertainment masih mendapat kerjasama yang baik dengan beberapa pihak.
Saya berharap konsert ini dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya yang turut memaklumkan konsert itu turut mendapat sokongan daripada Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Konsert 5 Divo juga mendapat penajaan daripada Tourism Malaysia, serta rakan pengiklanan dan percetakan Flexis Idea Sdn. Bhd.

Tiket untuk menyaksikan konsert 5 Divo ini boleh didapati menerusi talian www.ticketpro.com.my yang telah dijual bermula 28 Disember lalu.
Harga-harga tiket yang ditawarkan adalah RM 1188, RM988, RM888, RM588, RM388, RM188 dan RM128.

Sunday, 8 February 2015

Kepentingnya Kad Bisnes. (5 Sebab perlu anda tahu!!)

Pentingnya bisnes kad
Kepentingan Bisnes Kad

5 Sebab Perlu Anda Tahu Pentingnya Bisnes Kad

Penting ke kad bisnes? Jawapannya, sangat penting!!!
Nak tahu kenapa?? Mari saya berikan point-point ringkas tentang kepentingan kad bisnes bagi setiap usahawan dan bakal usahawan di luar sana..

1. Rangkaian
Rangkaian ataupun networking merupakan nadi di dalam dunia perniagaan.. Dengan adanya kad bisnes kita dapat menambahkan rangkaian kita.. Berikan kad bisnes kita kepada rakan, saudara, prospek, rakan niaga atau mana-mana pihak yang bersesuaian.. Jika tidak mereka sendiri, mungkin individu di sekeliling mereka yang dapat menambah nilai bisnes kita pada masa depan..

2. Maklumat Bisnes
Kad bisnes yang baik mempunyai ciri-ciri yang tertentu.. Antaranya ialah maklumat bisnes yang lengkap.. Nama perniagaan atau syarikat, alamat, nombor telefon, laman web, servis dan produk yang ditawarkan harus menjadi sebahagian isi kandungan kad bisnes.. Dengan maklumat ini, pihak yang baru menerima kad bisnes kita akan tahu sedikit sebanyak maklumat perniagaan kita..

3. First Impression
First impression atau cinta pandang pertama.. (eh betul ke? haha) Sedikit sebanyak kad bisnes kita akan mempengaruhi bagaimana pandangan pertama individu terhadap bisnes kita.. Jika kualiti dan isi kandungan kad bisnes kita baik, maka sudah pasti ini akan memberikan persepsi positif kepada bisnes kita..

Kepentingan bisnes kad
Kepentingan bisnes kad

4. Alat Pengingat
Saya selalu juga menyertai perhimpunan haram bisnes di sesetengah tempat anjuran pihak swasta dan kerajaan.. Di dalam perhimpunan begini kita akan berjumpa dengan ramai ahli perniagaan.. Setiap daripada mereka akan memberikan kad bisnes masing-masing.. Mustahil saya mampu untuk mengingati nama dan bisnes mereka semua.. Apabila tiba masanya saya memerlukan servis atau produk mereka kelak, maka kad inilah yang akan menghubungkan kami kembali..

5. Ice Breaker
Apa maksud Ice Breaker dalam BM ek? Katakanlah kita berjumpa dengan individu tertentu di dalam sebuah program perniagaan semasa sesi minum pagi.. Perkara pertama yang kita buat adalah menyapa individu tersebut dengan Hi atau Salam dengan disusuli pertanyaan seperti ‘Nama siapa?’ dan ‘Dari mana?’.. Kemudian kita berikan kad bisnes kita.. Dan akhirnya dua individu akan sibuk bercakap mengenai bisnes masing-masing sehingga kopi menjadi sejuk..

Itulah dia 5 poin ringkas tentang kepentingan kad bisnes.. Nanti saya akan kongsikan pula ciri-ciri yang perlu ada bagi sekeping kad bisnes yang baik dan efektif..

Source: Umarvellous.com


Jadi secara tidak langsung, nampakkan betapa pentingnya bisnes kad.
Nak order business card murah dan berkualiti????
Sila klik link berikut... Flexisprint.com