Showing posts with label printing murah. Show all posts
Showing posts with label printing murah. Show all posts

Sunday, 29 March 2015

Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Banner dan Bunting

Banner yang cantik dan berkesan mampu untuk menarik minat orang ramai serta dapat membantu mempopularkan lagi produk anda.  Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips asas perkara yang anda perlu tahu sebelum anda boleh merekabentuk banner atau bunting anda sendiri.
1) Tahu membezakan antara banner dan bunting.
Perkara paling asas sekali sebelum anda boleh membuat rekaan yang cantik dan menarik, anda perlu tahu apa beza banner dan bunting. Secara mudahnya, banner adalah melintang dan bunting adalah menegak. Banner biasanya lebih besar daripada bunting dan harganya lebih mahal dan hanya dipasang di tempat-tempat tertentu. Bunting yang berharga lebih murah biasanya dicetak dengan banyak dan dipasang. Jadi kalau anda mahu buat majlis yang kecil-kecilan dan mahu jimatkan kos cukup sekadar menggunakan bunting sahaja. Perbezaan yang lebih jelas boleh dilihat pada gambar di bawah.
Untitled-1
2) Tahu saiz dan jenis banner atau bunting yang hendak dibuat. Banner dan bunting mempunyai beberapa saiz tetap yang sering digunakan. Ia mungkin berbeza mengikut kemampuan mesin cetak tempat banner atau bunting itu dicetak, tapi mengikut kebiasaannya saiz banner dan bunting adalah seperti berikut:
- saiz banner: (12 kaki x 4 kaki) / (15 kaki x 4 kaki) / (10 kaki x 5 kaki) / (20 kaki x 4 kaki)
- saiz bunting: (2 kaki x 5 kaki)  / (2 kaki x 6 kaki) / (3 kaki x 6 kaki)
Saiz yang dinyatakan hanyalah sekadar panduan jika anda memang tak tahu nak buat saiz apa.
Bunting terdapat dalam 2 jenis yang dibezakan mengikut kaki bunting berkenaan. Iaitu bunting X-stand (spider-stand) dan bunting T-stand (round-stand). Hal ini sangat penting untuk diketahui kerana bunting X-stand tidak boleh dipasang padang kaki berbetuk bulat atau T-stand dan begitu juga sebaliknya. Kalau anda memang tak mempunyai kaki bunting dan hanya pasang pada tiang atau pokok sila tempah bunting T-stand. Rujuk gambar dibawah.
Untitled-2
3) Tahu apa yang anda hendak tulis di banner atau bunting berkenaan.
Jika anda tidak tahu perkara di atas tidak mengapa kerana anda boleh tanya orang lain atau mengupah sahaja orang yang pakar. Tapi kalau anda sendiri tak tahu apa yang anda nak tulis pada banner tersebut, lupakanlah niat anda seketika dan sila perah otak memikirkan informasi dan ayat yang sesuai.
Tips tambahan : berdasarkan pengalaman tak seberapa. Untuk merekabentuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Jangan terlalu taksub menggunaan banyak warna dan menyebabkan banner atau bunting anda sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting itu lebih menonjol berbanding latak belakang banner berkenaan. 



credit to : Nazrien


Wednesday, 11 February 2015

5 Strategi Pemasaran Untuk Gen-Y

GEN Y
5 Strategi Pemasaran Untuk Gen-Y
Gen-Y (generasi -Y)  atau  Millenial Generation adalah mereka yang lahir sekitar tahun 1980 hingga awal tahun 2000. (wikipedia)
Tingkah laku atau behaviour pelanggan Gen-Y ini sangat berbeza dengan generasi sebelum ini. Hampir 80% pelanggan Gen-Y mudah adaptasi dengan teknologi, dan gemar berada di ruangan sosial online.
Atau lebih mesra untuk dikenali sebagai facebook, instagram, twitter dan lain-lain.
Sebagai pemilik bisnes, kita perlu optimasikan
kempen kita terhadap Gen-Y.
Strateginya adalah seperti berikut :
1) Gen-Y tidak gemar pada history dan fact.
Tidak gemar bukan bermaksud benci. Golongan ini suka fakta dan sejarah yang diperbaharui kaedah penyampaiannya.
2) Gen-Y suka pada nombor.
Kempen-kempen pemasaran yang melibatkan nombor, biasanya akan menarik perhatian Gen-Y.
Sebagai contoh :-
"Kuruskan badan dalam masa 7 hari sahaja"
3) Gen-Y suka pada kepantasan.
Ayat-ayat yang mempunya elemen pantas, cepat, laju mampu menarik perhatian Gen-Y
Contohnya..
"Cetak cepat dalam masa 1 jam"
Secara psikologinya, Gen-Y adalah golongan yang sentiasa mahu cepat.
4) Gen-Y membeli atas dasar Self-Experience.
Generasi ini suka mencuba sesuatu yang baru.
Mereka mahu mencuba dan rasa sendiri produk yang ditawarkan di pasaran.
5) Gen-Y membeli atas dasar Market-Experience
Cara paling mudah dan ketara untuk mendorong Gen-Y membeli adalah dengan menunjukkan data atau testimoni pelanggan lain yang menggunakan produk atau servis kita.
Perspektif Gen-Y begini,
"Jika mereka puas hati, sudah tentu produk ini bagus."
"Wahh..ramai yang dah cuba dan nyata berkesan"
Dalam kempen, iklan atau promosi dalam ruangan sosial seperti facebook dan sebagainya, perbanyakkan testimoni dan juga kempen yang berkait dengan market experience untuk menarik minat dan kepercayaan Gen-Y untuk membeli dengan kita.
source : Aqif Azizan
Gen Y
Secara dasarnya, Gen-Y pada masa kini, lebih terarah pada teknologi. Gemar menghabiskan masa dengan laman sosial dan juga kebanyakkan Gen-Y lebih berminat untuk membeli secara online.
Jadi, mulakan langkah, tukar strategi dan jadikan laman sosial sumber pendapatan kita.
Pssstt...nak tahu tips bina jenama di facebook?? Klik sini



Tuesday, 10 February 2015

7 Kelebihan Penggunaan Flyers

Flyers murah

Jika anda belum pernah menggunakan flyers sebagai satu cara promosi, saya berharap di penghujung artikel ini saya dapat memberi anda beberapa sebab untuk menggunakannya.

Flyers merupakan satu cara promosi yang boleh anda gunakan di dalam perniagaan anda dan di dalam artikel ini kita akan lihat tujuh kelebihan penggunaan flyers sebagai satu cara promosi yang boleh membantu anda.

1. Kos promosi yang murah
Kos pengiklanan menggunakan flyers adalah jauh lebih murah berbanding dengan cara pengiklanan lain. sehelai flyers hanya beberapa sen sahaja.

2. Mudah dan ‘simple’
Cara pengiklanan menggunakan flyers adalah sangat mudah. Anda cuma perlu mendapatkan design yang anda perlukan dan hantar kepada pencetak untuk mencetak flyers anda. Itu sahaja. Berbanding dengan cara pengiklanan lain, flyers tidak rumit.

3. Meningkatkan ‘awareness’
Flyers lebih bersifat lokal di mana flyers diedarkan di kawasan berdekatan dengan premis kita. Ia sangat efektif untuk mengumumkan pembukaan premis kepada orang ramai dengan mengedarkan di kawasan sekitar. Sebagai contoh jika anda membuka restoran baru di Taman A, salah satu cara untuk memberitahu penduduk di taman itu tentang kewuj
udan restoran anda adalah dengan mengedarkan flyers dari rumah ke rumah.

4. Berita promosi
Kadangkala kita akan melakukan promosi dengan melakukan jualan murah. Tetapi apa gunanya promosi itu jika tiada siapa yang tahu kan? Cara terbaik untuk memaklumkan orang ramai tentang promosi yang anda lakukan adalah dengan mengedarkan flyers.

5. Sebagai pembantu jualan
Kadangkala anda perlu menerangkan kepada pelanggan mengenai produk anda. Dengan menggunakan flyers anda dapat memberi informasi kepada pelanggan dengan lebih mudah.

6. Senang diedarkan
Flyers senang untuk diedarkan kepada prospek anda dan mempunyai potensi untuk berkembang. Jika anda rajin ataupun mempunyai tenaga kerja anda boleh mengedarkan flyers di beberapa kawasan serentak. Dengan ini lebih ramai orang aka membaca masej anda.

7. Berpotensi menjadi ‘viral’
Viral merupakan satu istilah di dalam marketing dimana sesuatu masej itu dengan mudah ‘merebak’ dengan erti kata lain ia akan diketahui oleh ramai orang dalam masa yang singkat. Jika flyers anda mempunyai mesej yang hebat dan mempunyai maklumat yang boleh membantu orang ramai, ia berpotensi menjadi ‘viral’.

Source : Dakwat

Berminat untuk order flyers?? Order dengan kami segera!! Klik sini

Kenapa pilih kami??

> Kualiti terbaik untuk mencetak flyers.
> Menawarkan pelbagai jenis saiz untuk cetakan flyers.
> Harga yang rendah mencetak flyers untuk kuantiti besar.
> Flyers akan dihantar terus kepada anda.



Wednesday, 4 February 2015

Tips Gantung Banner


Proses Cetak Banner

TIPS GANTUNG BANNER YANG PERLU ANDA TAHU.

Banner/Bunting boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul.

Design dengan imej dan warna yang menarik mampu menggamit pembaca untuk mengambil sedikit masa mereka untuk membaca apa yang tertera pada banner/bunting itu. Namun, setiap perkara ada 'range' tertentu yang menentukan 'eficiency' atau keberkesanan sesebuah pengiklanan itu. Jadi, 'design' yang berinovasi tajam dan tepat sahaja mampu menterjemahkan keberkesanan iklan melalui banner/banting.

Namun banner/banting perlu digantung dibanyak kawasan supaya ianya lebih berkesan. Jumlah yang normal bagi pengiklanan yang berkesan menggunakan banner/banting adalah perlu melebihi 4 tempat/penjuru pada satu-satu kawasan yang padat. Penggantungan banner/banting juga perlu dilakukan di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat, dan mengiklankan produk yang tepat. Secara ringkas, banner/banting perlu digantung dalam jumlah minima 4 penjuru di tempat yang tepat, masa yang tepat, dan mempromosikan produk yang tepat untuk 'target market' yang kita nak iklankan tu.

Kami di Flexis Print, memberikan perkhidmatan design dan cetak banner/banting untuk anda. Dalam masa yang terdekat juga, kami akan meningkatkan perkhidmatan kami untuk memasang banner/banting anda ke tempat-tempat tertentu yang kami yakin tepat dan lebih mudah untuk dicapai dengan berkesan.

Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh banner/banting yang pernah kami cetak. Jaminan kami adalah, banner/banting yang kami cetak mempunyai cetakan warna yang tepat dan tulisan dan gambar yang diiklankan juga jelas bagi menjamin keberkesanan iklan anda.

10422262_749013498513320_1200297416333216616_n
Cetak Bunting

10670268_710480922366578_7332337480387087100_n
Cetak Bunting