Banner/Bunting boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika distrategikan dengan betul.
Design dengan imej dan warna yang menarik mampu menggamit pembaca untuk mengambil sedikit masa mereka untuk membaca apa yang tertera pada banner/bunting itu. Namun, setiap perkara ada 'range' tertentu yang menentukan 'eficiency' atau keberkesanan sesebuah pengiklanan itu. Jadi, 'design' yang berinovasi tajam dan tepat sahaja mampu menterjemahkan keberkesanan iklan melalui banner/banting.
Namun banner/banting perlu digantung dibanyak kawasan supaya ianya lebih berkesan. Jumlah yang normal bagi pengiklanan yang berkesan menggunakan banner/banting adalah perlu melebihi 4 tempat/penjuru pada satu-satu kawasan yang padat. Penggantungan banner/banting juga perlu dilakukan di tempat yang tepat, pada waktu yang tepat, dan mengiklankan produk yang tepat. Secara ringkas, banner/banting perlu digantung dalam jumlah minima 4 penjuru di tempat yang tepat, masa yang tepat, dan mempromosikan produk yang tepat untuk 'target market' yang kita nak iklankan tu.
Kami di Flexis Print, memberikan perkhidmatan design dan cetak banner/banting untuk anda. Dalam masa yang terdekat juga, kami akan meningkatkan perkhidmatan kami untuk memasang banner/banting anda ke tempat-tempat tertentu yang kami yakin tepat dan lebih mudah untuk dicapai dengan berkesan.
Di bawah ini, kami sertakan contoh-contoh banner/banting yang pernah kami cetak. Jaminan kami adalah, banner/banting yang kami cetak mempunyai cetakan warna yang tepat dan tulisan dan gambar yang diiklankan juga jelas bagi menjamin keberkesanan iklan anda.
Source : Pengiklanan Berkesan
No comments:
Post a Comment