5 Sebab Perlu Anda Tahu Pentingnya Bisnes Kad
Penting ke kad bisnes? Jawapannya, sangat penting!!!
Nak tahu kenapa?? Mari saya berikan point-point ringkas tentang kepentingan kad bisnes bagi setiap usahawan dan bakal usahawan di luar sana..
Nak tahu kenapa?? Mari saya berikan point-point ringkas tentang kepentingan kad bisnes bagi setiap usahawan dan bakal usahawan di luar sana..
1. Rangkaian
Rangkaian ataupun networking merupakan nadi di dalam dunia perniagaan.. Dengan adanya kad bisnes kita dapat menambahkan rangkaian kita.. Berikan kad bisnes kita kepada rakan, saudara, prospek, rakan niaga atau mana-mana pihak yang bersesuaian.. Jika tidak mereka sendiri, mungkin individu di sekeliling mereka yang dapat menambah nilai bisnes kita pada masa depan..
2. Maklumat Bisnes
Kad bisnes yang baik mempunyai ciri-ciri yang tertentu.. Antaranya ialah maklumat bisnes yang lengkap.. Nama perniagaan atau syarikat, alamat, nombor telefon, laman web, servis dan produk yang ditawarkan harus menjadi sebahagian isi kandungan kad bisnes.. Dengan maklumat ini, pihak yang baru menerima kad bisnes kita akan tahu sedikit sebanyak maklumat perniagaan kita..
3. First Impression
First impression atau cinta pandang pertama.. (eh betul ke? haha) Sedikit sebanyak kad bisnes kita akan mempengaruhi bagaimana pandangan pertama individu terhadap bisnes kita.. Jika kualiti dan isi kandungan kad bisnes kita baik, maka sudah pasti ini akan memberikan persepsi positif kepada bisnes kita..
4. Alat Pengingat
Saya selalu juga menyertai perhimpunan haram bisnes di sesetengah tempat anjuran pihak swasta dan kerajaan.. Di dalam perhimpunan begini kita akan berjumpa dengan ramai ahli perniagaan.. Setiap daripada mereka akan memberikan kad bisnes masing-masing.. Mustahil saya mampu untuk mengingati nama dan bisnes mereka semua.. Apabila tiba masanya saya memerlukan servis atau produk mereka kelak, maka kad inilah yang akan menghubungkan kami kembali..
5. Ice Breaker
Apa maksud Ice Breaker dalam BM ek? Katakanlah kita berjumpa dengan individu tertentu di dalam sebuah program perniagaan semasa sesi minum pagi.. Perkara pertama yang kita buat adalah menyapa individu tersebut dengan Hi atau Salam dengan disusuli pertanyaan seperti ‘Nama siapa?’ dan ‘Dari mana?’.. Kemudian kita berikan kad bisnes kita.. Dan akhirnya dua individu akan sibuk bercakap mengenai bisnes masing-masing sehingga kopi menjadi sejuk..
Itulah dia 5 poin ringkas tentang kepentingan kad bisnes.. Nanti saya akan kongsikan pula ciri-ciri yang perlu ada bagi sekeping kad bisnes yang baik dan efektif..
Source: Umarvellous.com
Jadi secara tidak langsung, nampakkan betapa pentingnya bisnes kad.
Nak order business card murah dan berkualiti????
Sila klik link berikut... Flexisprint.com
No comments:
Post a Comment