5 Strategi Pemasaran Untuk Gen-Y
Gen-Y (generasi -Y) atau Millenial Generation adalah mereka yang lahir sekitar tahun 1980 hingga awal tahun 2000. (wikipedia)
Tingkah laku atau behaviour pelanggan Gen-Y ini sangat berbeza dengan generasi sebelum ini. Hampir 80% pelanggan Gen-Y mudah adaptasi dengan teknologi, dan gemar berada di ruangan sosial online.
Atau lebih mesra untuk dikenali sebagai facebook, instagram, twitter dan lain-lain.
Sebagai pemilik bisnes, kita perlu optimasikan
kempen kita terhadap Gen-Y.
Strateginya adalah seperti berikut :
kempen kita terhadap Gen-Y.
Strateginya adalah seperti berikut :
1) Gen-Y tidak gemar pada history dan fact.
Tidak gemar bukan bermaksud benci. Golongan ini suka fakta dan sejarah yang diperbaharui kaedah penyampaiannya.
2) Gen-Y suka pada nombor.
Kempen-kempen pemasaran yang melibatkan nombor, biasanya akan menarik perhatian Gen-Y.
Sebagai contoh :-
"Kuruskan badan dalam masa 7 hari sahaja"
3) Gen-Y suka pada kepantasan.
Ayat-ayat yang mempunya elemen pantas, cepat, laju mampu menarik perhatian Gen-Y
Contohnya..
"Cetak cepat dalam masa 1 jam"
Secara psikologinya, Gen-Y adalah golongan yang sentiasa mahu cepat.
4) Gen-Y membeli atas dasar Self-Experience.
Generasi ini suka mencuba sesuatu yang baru.
Mereka mahu mencuba dan rasa sendiri produk yang ditawarkan di pasaran.
Mereka mahu mencuba dan rasa sendiri produk yang ditawarkan di pasaran.
5) Gen-Y membeli atas dasar Market-Experience
Cara paling mudah dan ketara untuk mendorong Gen-Y membeli adalah dengan menunjukkan data atau testimoni pelanggan lain yang menggunakan produk atau servis kita.
Perspektif Gen-Y begini,
"Jika mereka puas hati, sudah tentu produk ini bagus."
"Wahh..ramai yang dah cuba dan nyata berkesan"
Dalam kempen, iklan atau promosi dalam ruangan sosial seperti facebook dan sebagainya, perbanyakkan testimoni dan juga kempen yang berkait dengan market experience untuk menarik minat dan kepercayaan Gen-Y untuk membeli dengan kita.
source : Aqif Azizan
Secara dasarnya, Gen-Y pada masa kini, lebih terarah pada teknologi. Gemar menghabiskan masa dengan laman sosial dan juga kebanyakkan Gen-Y lebih berminat untuk membeli secara online.
Jadi, mulakan langkah, tukar strategi dan jadikan laman sosial sumber pendapatan kita.
Pssstt...nak tahu tips bina jenama di facebook?? Klik sini
No comments:
Post a Comment